Mesej Untuk Anak-Anak Muda Malaysia

Monday, January 16, 2012

BR1M : Hanya 27 sen SEHARI, 5 tahun RM500

15 January 2012


mutaligat

Lebih 50 peratus daripada 4.1 juta borang pemohon skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima dari seluruh negara, mula menikmati pembayaran bantuan tersebut dalam bentuk baucar tunai semalam.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran dibuat kepada kumpulan pertama ini walaupun tempoh permohonan skim itu dilanjutkan lagi sehingga 10 Februari ini.


Sebagai rakyat, kita mesti mengambil bantuan tersebut ia adalah hak kita sebagai pemvayar cukai walaupun kita tahu bantuan hanya 5 tahun sekali itupun menjelang Pilihanraya Umum ke 13. Jika tidak ada pembangkang yang kuat dan kesungguhan kerajaan negeri-negeri PR menjalankan program kebajikan belum tentu BR1M ini ujud.


Jika dihitung dengan teliti sebenarnya bantuan ini hanya berjumlah 27 sen sehari. Formulanya seperti di bawah :-

RM500 dalam masa 5 tahun (1825 hari).
1 hari = 500/1825 

         = RM0.27 ( 27 sen)


Apalah yang boleh dibuat dengan 27 sen sehari sedangkan kita membelanjakan puluhan ringgi malah ratusan ringgit sehari. Apakah yang boleh kita buat dengan bantuan 27 sen sehari di saat harga barangan melambung tinggi sekarang.

Sebenarnya apa yang rakyat mahukan :-

  1. Ketegasan dan komitmen kerajaan untuk menurunkan harga barangan dengan apa juga langkah supaya rakyat tidak terbeban. 
  2. Ketegasan dan komitmen kerajaan untuk menurunkan harga minyak bagi memastikan kos pengeluaran dan pengangkutan menurun dan dengan itu harga barangan boleh diturunkan dan dikawal.
  3. Menyediakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan bagi membantu rakyat termiskin meneruskan kehidupan mereka
  4. Ketegasan dan komitmen kerajaan berkongsi wang negara dengan rakyat melalui program merakyatkan ekonomi negara seperti langkah yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor

Skandal projek kapal jauh lebih hebat dari lembu NFC di Gemas


Posted on Sunday, January 15 @ 07:23:57 PST
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Artikel Oleh: rozmal

"Skandal projek Lembu Feedlot yang sedang hangat ketika ini hanya melibatkan wang rakyat sebanyak RM250 juta. Ada lagi skandal yang jauh lebih banyak melibatkan wang rakyat, iaitu skandal projek kapal tentera laut TLDM iaitu projek PV dan kelemahan projek PV ini juga telah didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara. Pada mulanya projek ini melibatkan wang negara (wang rakyat) sebanyak RM 5,350 juta, dan telah ditambah sebanyak RM 4,000 juta pula, menjadikan kesemuanya RM 9,350 juta.

 


Ini bermakna projek kapal TLDM ini 37 kali ganda lebih hebat dari projek lembu NFC di Gemas. Jika akibat projek lembu NFC ini seorang Menteri Kabinet sedang bercuti, projek kapal TLDM ini berapa ramai pula Menteri akan bercuti?

Artikel mengenai projek kapal TLDM dengan kos RM 9,350 juta ini oleh seorang wartawan yang mahir dalam bidang ketenteraan iaitu Marhalim Abas :

Cowgate and the PV fiasco
Written on January 15, 2012 – 3:17 pm | by Marhalim Abas |

PETALING JAYA: Now that the action against National Feedlot Corporation is inching forward, I sincerely hope that a probe on the Patrol Vessel project and its former top officials would also begin immediately.

This is not first time I had asked for an investigation on the PV project but since we are talking about the need to be transparent on such matters and with the apparent effectiveness of the Anti Money Laundering Act 2001 to investigate dirty tricks, it is the best time to stir up some panties.

The NFC fiasco is peanuts compared to the PV project. The PV project originally started at RM5.35 billion and we, the tax payers ended up forking at least another RM4 billion to complete the project.
And like Cowgate, the whole affair of PV had already been laid bare by the Auditor General’s 2006 report. 

In fact, all the alleged wrong-doings at NFC are eerily similar at the PSC-Naval Dockyard Sdn Sdn Bhd, the company given the contract to build the PVs.

From the Auditor Report:

Bagi melaksanakan perolehan PV, peruntukan berjumlah RM5.35 bilion telah diluluskan daripada RM5.49 bilion yang dipohon. Daripada jumlah yang diluluskan, sejumlah RM4.47 bilion atau 83.6% telah dibelanjakan. Jumlah tersebut adalah termasuk RM1.07 bilion bagi bayaran wang pendahuluan kepada syarikat PSCNDSB dan RM217.27 juta bagi menjelaskan tuntutan Commercial Package
Achievement Fee.

Read the whole report. Here

Like the NFC fiasco, the whole shambolic fiasco of the PV project happened under the watch of many powerful people. If the probe uncovered the link between these people and saudara Amin Shah, so be it.
I might add that if a probe had been done on the PV project following the publication of the 2006 AG report, and throw the book at the people involved, it is likely that the Cowgate episode would not have occurred at all.

We will also not be debating about the value of the SGPV project also.
– Malaysian Defence

tranungkite"

Saturday, January 14, 2012

Negara Islam Malaysia akan jadi pengeluar kondom utama dunia... tahniah...!!!

Saturday, January 14, 2012



Malaysia bakal pengeluar kondom utama dunia

NEW DELHI: Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).

MREPC berkata Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion.

"Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom," kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama.

Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.

Pengeluar utama Asia - Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia - terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.

Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping.

"Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom," kata Low.

Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala usus biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri itu.

Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir. - BERNAMA

Undi Pakatan Rakyat sebelum Malaysia bankrap


Aziz Muda, 14 Januari 2012
ALOR SETAR, 14 Jan: Seluruh rakyat negara ini diingatkan agar jangan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, sebaliknya perlu berbuat demikian pada Pilihan raya Umum ke-13 akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, tindakan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 amat penting bagi membolehkan Pakatan Rakyat menyelamatkan negara dari kejadian itu.

Menurutnya, sekiranya undi diberikan kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, ia sudah tidak bermakna lagi kerana tindakan tersebut ternyata telah terlewat

"Jadi untuk menyelamatkan Malaysia, undilah Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 ini. Jangan beri undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap.

"Kalau diberikan undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, kami pun tak nak sebab kami tak mahu dikatakan kerajaan bankrap," katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, hari ini.

Katanya, setiap rakyat negara ini perlu sedar, menurutnya, kenyataan mengenai Malaysia akan bankrap bukan rekaan tetapi ia diramalkan oleh tokoh ekonomi sendiri, Datuk Idris Jala dan kejadian itu diramalkan berlaku pada tahun 2019 nanti jika langkah-langkah mengatasinya tidak dilakukan.

Ramalan tersebut dibuat berdasarkan realiti yang berlaku di Malaysia sekarang di bawah pemerintahan BN yang penuh rasuah, penyelewengan, pembaziran wang rakyat sehingga hutang negara semakin meningkat melebihi RM450 bilion sekarang.

Mohamad Sabu menambah, ramalan Datuk Idris itu jelas menunjukkan rakyat negara ini sudah tidak boleh lagi memberikan kepercayaan kepada para pemimpin Umno BN untuk memerintah negara ini kerana mereka ternyata gagal menyelamatkan negara dari bankrap.

"Sebaliknya jika BN menang dalam pilihan raya nanti, Malaysia akan bankrap. Kata-kata ini mesti diratib selalu kepada orang ramai bagi menyedarkan rakyat mengenai perkara itu untuk menyelamatkan Malaysia dari kemusnahan jika terus menyokong Umno BN," ujarnya.


Konvensyen tersebut dihadiri kesemua pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
.
KLIK UNTUK SIARAN LANGSUNG KONVENSYEN PAKATAN KE 3

HARAKAHDAILY

Saya ambil risiko tindakan Auku - Akram


Harakahdaily, 14 Januari 2012
ALOR SETAR, 14 Jan: Akram Ikrami Taib Azamudin (gambar) yang mewakili mahasiswa dalam Konvensyen Ketiga Pakatan rakyat berkata, beliau mengambil risiko tinggi untuk diambil tindakan melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). 

"Saya ambil risiko dikenakan tindakn AUKU kerana berucap di atas pentas Pakatan Rakyat ini," kata Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) yang berucap mewakili mahasiswa itu.

Namun, kata Akram, beliau tidak gentar, sambil mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.

Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 bertemakan 'Bersihkan Malaysia' bermula di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, bermula hari ini, 14 Januari 2012.

Konvensyen diadakan pada saat Pakatan Rakyat berada di landasan terbaik dan kukuh, selepas semua tohmahan yang melanda kepimpinannya, sama ada yang bersifat peribadi, mahu pun serangan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, dapat ditepis dengan sebaik-baiknya.

Akram adalah pemimpin pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Beliau adalah anak kepada anggota Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin.


Selain Akram, turut berucap pagi ini di majlis pembukaan adalah Datuk Ambiga Srevanesan, Pengerusi Bersih 2.0.

Konvensyen kali ini memberikan tumpuan khas untuk sama-sama memperjuangkan hak kebebasan pelajar untuk bergerak di negara ini.

Perkara ini diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Berita lanjut menyusul


harakahdaily

Billboard: Lesap hangus tak tinggal lagi


Posted on Friday, January 13 @ 11:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Komentar Oleh: bumiperak

"

Gambar: Billboard terbaru yang dipasang dijalan masuk ke Lake Garden Taiping sempena lawatan ketua Najib Razak hari ini. sumber Fawi Amin
Ini komen yang copy-paste dari blog Manjung Mari. Ingat tak lagi dah berapa banyak duit rakyat yang lesap hangus tak tinggal lagi

1. PKFZ RM12bill

2. Submarine commission RM500mil

3. Sime Darby RM964mil

4. Paya Indah Westland RM88mil

5. Posmalaysia (transmile) RM230mil lost

6. Eurocopter deal RM1bil wasted?

7. Terengganu Stadium Collapsed RM292mil

8. MRR2 repair cost RM70mil

9. Maybank Overpaid BII RM4bil

10. Tourism -NYY kickback RM10mil

11. 3 paintings bought by MAS—————– RM 1.5M

12. Overpayment by Sport Ministry————- RM 8.4M

13. London 's white elephant sports complex —- RM 70M

14. MRR2 Repairs—————————— RM 70M

15. MATRADE repairs ————————– RM 120M

16. Cost of new plane used by PM————– RM 200M

17. InventQ irrecoverable debt —————- RM 228M

18. Compensation for killing crooked bridge —– RM 257M

20. Lost in selling Augusta ——————— RM 510M

21. Worth of AP given out in a year ———— RM 1.8B

22. Submarines (future Muzium Negara artifacts)- RM 4.1B

23. PSC Naval dockyard ———————— RM 6.75B

24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1
billion loss (RM3.2 billion in 2008 ringgit)

25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s
is believed to have cost some US$500 million. (RM1.6 billion)

26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia
RM30 billion in the 1990s.

27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion).

28. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn. Bhd.
operation to shore up the stock market

29. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam

30. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of
€75.99 million (RM 348 million)
Same as No:20?

31. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007

32. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra
was established, this orchestra has swallowed a total of RM500
million.Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1 M per annum
!!

33. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat
Abdul Jalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul
Hamid Othman (religious) RM549,675 per annum

34. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching
Maths and Science in English over the past five years. Out of the
amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase
of information and computer technology (ICT) equipments which it is
unable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vs
per market price of less than RM3k through some new consortiums that
setup just to transact the notebook deal. There was no math & science
content for the teachers and the notebooks are all with the teachers'
children now.

35. The commission paid for purchase of jets and submarines to two
private companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted
to RM910 million.
Expanding on No 2?

36. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion"Crooked Scenic Half-Bridge"

37.RM1.3 billion have been wasted building the white elephant Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation ofthe Malaysia-Singapore scenic bridge


38. RM 100 million on renovation of Parliament building and leaks

39. National Astronaut Programme – RM 40 million

40. National Service Training Programme – yearly an estimate of RM 500 million

41. Eye of Malaysia – RM 30 million and another RM5.7 million of free ticket

42. RM 2.4 million on indelible ink

43. Samy announced in September 2006 that the government paid
compensation amounting to RM 38.5 billion to 20 highway companies.
RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from
the toll hike in 2008 alone.

44. RM32 million timber export kickbacks involving companies
connected to Sarawak Chief Minister and his family.

45. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At a time
when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three
paintings to decorate its chairman's (Munir) office.
Expanding on No:11

46. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.

47. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion.

48. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.

49. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million.

50. Kuching Prison bailout costing RM135 million.

51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million.

52. Le Tour de Langkawi bailout costing RM 3.5 Million.

53. Wholesale distribution of tens of millions of shares in
BursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of
BN leaders and Ministers worth billions of ringgits.

54. Alienation of tens of thousands of hectares of
commercial lands and forestry concessions to children and relatives
of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits.

55. Since 1997, Petronas has handed out a staggering 30 billion
ringgit in natural gas subsidies to IPPs who were making huge
profits.In addition, there were much wastages and forward trading of
Petronas oil in the 1990s based on the low price of oil then. Since
the accounts of Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we
have absolutely no idea of the amount.

56. RM5700 for a car jack worth RM50

57. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113
within a few minutes

58. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000

59. A thumb drive that cost RM90 was bought for RM480

60. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500

61. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143

62. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO?

63. RM17 billion subsidy to IPP

64. USD24 million diamond ring for Ro$mah --- cancellation of order
-- how much compensation???

65. Latest RM 250 million project FLOT  "

tranungkite

Thursday, January 12, 2012

Turun gambar Najib, Imam dipecat!


Posted on Wednesday, January 11 @ 11:38:14 PST
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Berita Oleh: Lutfi

" Turun potret Najib dalam masjid terus kena pecat wa cakap sama lue. Neh betul2 dasat beb.  



Menurut info yang aku dapat mengenai kes neh ialah ;

1. Pada 31 disember 2011 hari tue imam hafiz telah menurunkan potret najib yang berada di dalam masjid [tempat bersolat].

2. Oleh kerana itu imam muda [awal 20an] dipecat dari jawatan imam dengan serta merta.




Lihat gambar kat bawah neh ;




3. Bekas imam tersebut bertugas di masjid jamek taman perling, Johor.

4. Hujah yang dia gunapakai bagi mempertahankan tindakan dia ialah masjid ialah tempat beribadat bukan tempat untuk berpolitik jesteru tue tak patut potret Najib berada di dalam kawasan masjid. 

5. Selain dari itu, menurut arahan jabatan agama islam johor dan arahan sultan johor, politik tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan masjid, jadi apahal gambar ahli politik terpampang dalam masjid pula neh? Siapa najib? Dia bukan ahli agama [yang arif]. Jauh sekali imam masjid. Tapi apahal gambar dia terpampang dalam masjid? Memuja dia ke apa ka?

6. Selain dari itu, bekas imam masjid turut menyuarakan pandangan hukum mengantung gambar bernyawa dalam masjid. Dah namanya gambar kan? Of course lah gantung di tempat tinggi. Yang aku tahu, kalau gambar2 bernyawa neh digantung dalam rumah ada pendapat yang aku baca ia haram. Ada juga dibolehkan cuma jangan digantung di tempat tinggi. 

7. Namun hujah2 bekas imam terbabit tidak di endahkan oleh ajk2 masjid yang lain. Kebanyakkan ajk2 masjid tue cenderung berpolitik umno. Tak heran. Sebab tue depa gantung gambar najib dalam masjid. Selepas je menyuarakan hujah2, imam terbabit terus dipecat kerana menurunkan gambar najib.

8. Bekas imam terbabit agak tidak berpuas ahti dipecat sebab ada ahli2 jawatankuasa masjid tersebut tidak mengikut jadual bertugas tetapi tiada apa2 tindakan pun sebaliknya dia yang berhujah mengenai gambar najib siap dengan hukum dan dalil terus dipecat serta merta. 

Betul larh beb. Aku sokong tindakan imam neh sebab dia sedang menegakkan dalil2 islam. Bukan dia suka2 pergi rumah orang dan turunkan bendera kat umah orang. Neh masjid beb. Masjid bukan tempat untuk bodek najib. Ahli2 umno tolong larh faham weh.
http://amenoworld.blogspot.com/2012/01/turun-gambar-najib-imam-dipecat.html
 http://lutfimj2006.blogspot.com/
"

tranungkite

Time to Pull ‘CSI: Malaysia’ Off the Air


Posted on Wednesday, January 11 @ 10:00:00 PST by Abdullah
Artikel Oleh William Pesek Bloomberg: The Ticker
 
If there’s any economy in Asia that needs a change in narrative, it’s Malaysia.

When the resource-rich nation of 28 million people has made headlines globally in recent years, they have been about sodomy charges against opposition leader Anwar Ibrahim, tension between Muslims and Christians, Beyonce’s bellybutton offending local sensibilities or murder investigations involving high-ranking officials. Malaysia really could have its own CSI crime drama.


Far from finding all this entertaining, many foreign investors eye Malaysia with skepticism. That’s a shame given the huge potential of an economy growing 5.8 percent. When you consider Asian economies that deserved far more attention in 2011 than they received, Malaysia is Exhibit A. It’s high time for Prime Minister Najib Razak to change the story, to shift the focus toward reforms, not tabloid scandals. 


Announcing the end of affirmative-action policies that hurt Malaysia’s competitiveness might be just the thing.
Malaysia’s four-decade-old “New Economic Policy” favoring the predominant Malay community has long since outlived its usefulness. It limits investment, stifles competition and keeps the economy from becoming a meritocracy. It’s a third-rail issue and can barely be discussed seriously.

Najib has broached the issue, though no timetable exists for Malaysia to join the ranks of more competitive Asian economies. The world won’t wait for Malaysia. China, India, Indonesia, Thailand and Vietnam are evolving in ways that enable them to leapfrog over peers in a few years. Developing economies need to watch their backs. Acting boldly now, as 2012 begins, to declare an end to policies that hold Malaysia back would cheer investors.

At the moment, any global attention Malaysia gets is focused on sodomy trials of Anwar, the former deputy prime minister (he was acquitted Monday). Just like the other saucy stories — like those of pop stars including Beyonce, whose sexy outfits irk religious leaders — it’s a distraction. The real issue is what Malaysia is doing to raise its economic game amid fast-increasing competition.

It’s time to take “CSI: Malaysia” off the air. An unscripted bout of economic change could be just the thing.

(William Pesek is a Bloomberg View columnist.)

detikdaily

Lawak Bodoh Dari Fathul Bari Mat Jahya


Posted on Wednesday, January 11 @ 14:34:45 PST by Abdullah
Artikel Oleh IsaLinggi

"Mengikuti talkshow dalam mobtv yang mana Fathul Bari Mat Jahya, Ketua Pegawai Eksekutif Ilmuan Muda Malaysia mengulas tentang kes DS Anwar Ibrahim merupakan satu lawak bodoh dari seorang yang mengaku cerdik agama. 


Kalau diamati ulasan beliau, mungkin orang akan berpendapat bahawa beliau merupakan tokoh agama muda yang amat berkaliber tetapi seperti yang saya katakan diawal tadi, ianya merupakan satu lawak bodoh dari beliau.

Kalau beliau bercakap dari sudut Islam, maka beliau harus melihat kenapa kes ini yang melibatkan mangsa dan tertuduh yang beragama islam dibawa ke Mahkamah Penjajah dan bukannya mahkamah syariah. Itulah lawak bodoh pertama beliau dalam ulasan itu kerana beliau mengulas dari perspektif islam. 

Takkan lah beliau tidak mengetahui bahawa mahkamah warisan penjajah mempunyai pelbagai tipu muslihat untuk membuat orang benar bersalah dan orang salah menjadi benar. Beliau harus menekankan bahawa perbicaraan di mahkamah syariah adalah lebih adil berbanding mahkamah warisan penjajah. Itu dari sudut perspektif islam.

Lawak kedua pula ialah bila beliau mempertikaikan tindakan penyokong pakatan rakyat yang tidak percayakan system kehakiman Malaysia dan bagi beliau itu merupakan fitnah kepada system kehakiman itu. Fathul Bari sepatutnya tidak melihat kepada kes DS Anwar Ibrahim sahaja dalam menilai kepercayaan rakyat kepada ketelusan system kehakiman Negara. Kita boleh lihat dalam kes yang melibatkan Pakatan Rakyat melawan Barisan Nasional, banyak keraguan munasabah yang berlaku.

Contohnya kes Perlembagaan Negeri Perak yang mana pihak Mahkamah boleh mencampuri kes tersebut tetapi dalam kes ADUN di Kedah, berbeza pula keputusannya. Hari ini hakim mahkamah Tinggi memutuskan keputusan A tetapi dengan fakta yang sama Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan keputusan B. Disini sahaja kita boleh dapati bahawa para hakim yang ada di Malaysia ini memiliki ilmu undang-undang yang berbeza walaupun berpaksikan kepada perlembagaan Malaysia. Sebab itulah saya katakan lebih baik kalau Fathul Bari menutamakan Mahkamah Syariah kerana ia berpaksikan kepada Al Quran itu pun kalau Fathul Bari mementingkan agama islam.

Lawak ketiga yang Fathul Bari katakana dalam talk show tersebut ialah tentang perpecahan umat islam di Malaysia dan kononnya satu tindakan perlu dilakukan untuk mengelak perpecahan itu. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Ilmuan Muda Malaysia, saya rasa beliau boleh melihat bagaimana perpecahan itu berlaku. Tindak tanduk kerajaan sokongan Fathul Bari lah yang banyak melakukan perpecahan umat Islam pada hari ini dengan bantuan-bantuan NGO-NGO yang menyokong kerajaan. 

Tidakkah Fathul Bari melihat ilmuan yang lebih handal dari beliau disaman kerana mengajar tanpa tauliah. Adakah ilmu Fathul Bari lebih hebat dari Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hj. Hadi untuk mengajar tentang Islam. Adakah ilmu Fathul bari lebih hebat dari Mantan Mufti Negeri Perlis, Dr. Asri. Kehebatan Fathul Bari hanyalah kerana beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Ilmuan Muda Malaysia yang tidak dimiliki oleh Dr. Asri, TG Nik Aziz dan juga TG Hj. Hadi. Perpecahan yang dilakukan dengan menafikan hak orang Kelantan, menafikan hak pembangkang dan menafikan hak rakyat Malaysia dilakukan oleh kerajaan yang disokong oleh Fathul Bari.

Tidak perlulah Fathul Bari menerangkan sejarah Islam kalau hanya untuk menghalalkan cara kerajaan memerintah kerana cara itu lebih keji pada pandangan ramai. Seelok-eloknya Fathul Bari menegur kes penyalahgunaan wang zakat oleh Menteri dan juga MaiWP serta penyelewangan wang rakyat dalam projek Fidlot oleh keluarga menteri.

Sebenarnya saya malu bila melihat Fathul Bari memperboodohkan diri dalam talk show tersebut sebab “HANG ORANG PERLIS, AKU PUN ORANG PERLIS”.

ps: Maap aku tak panggil hang ustaz sebab hang tak layak jadi ustaz 

Sensasikan Muslimat' -Dr Siti Mariah Jawab.

'
Posted on Wednesday, January 11 @ 07:19:07 PST by paktam
Berita
 
“Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, penyelewengan, kezaliman, penolakan hukum hudud yang dilakukan pimpinan Umno BN serta Fitnah I dan II terhadap Anwar?” kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siri Mariah Mahmud 


Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang telah menghebahkan gambar dari rakaman YouTube kegembiraan sebahagian Muslimat PAS, Wanita Keadilan dan penyokong Pakatan selepas pengumuman pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mempertikaikan akhlak Muslimat PAS. 



Katanya, kegembiraan yang dizahirkan secara nyanyian beramai-ramai dan senikata yang zahir secara spontan telah menaikkan kemarahan penyokong Umno dan BN dan membuka peluang mereka untuk membina persepsi negatif terhadap PAS.

Tambahnya, ia satu kesinambungan usaha Umno BN untuk memburukkan PAS yang cuba menggambarkan yang akhlak muslimat buruk dan mempersoalkan moral muslimat.

Baginya, rakaman itu sebenarnya hendak ditujukan kepada ahli-ahli PAS dan penyokong PAS yang tidak hadir di Himpun 901 dan akan melihat rakaman tersebut di luar konteks peristiwa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, rakaman itu juga diharapkan akan menimbulkan keresahan sebahagian penyokong PAS yang sekarang dipasak dengan idea yang PAS telah lari dari perjuangan asal.

“Kami menduga ianya akan memberi persepsi negatif terhadap muslimat PAS kepada mereka yang mungkin tidak pernah turun ke jalan raya untuk demonstrasi dan tidak mungkin memahami perasaan mereka yang sentiasa berhadapan dengan kezaliman pihak berkuasa, biasa disembur dengan gas pemedih mata dan air beracun,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, anak-anak muda itu menghabiskan usia muda mereka bersama berjuang menuntut keadilan dan menyanggah kezaliman regim Umno BN.

“Saya menghadiri dan bersama dengan sebahagian wanita dalam Himpun 901 dari awal hingga peserta Himpun 901 bersurai. Saya juga acap kali turun berdemo dan sentiasa memantau pergerakan muslimat,” katanya.

Jelasnya lagi, sesiapa yang ada bersama pada Himpun 901 tahu yang sebahagian Muslimat PAS dan wanita yang hadir telah berhimpun di satu sudut tempat berhimpun untuk bermunajat kepada Allah SWT untuk membebaskan Anwar.

“Kami telah mengetuai bacaan Ma’thurat dan Yasin. Malah pengumuman pembebasan Anwar diumumkan sebaik sahaja muslimat habis membaca Yaasin,” ujarnya.

Katanya lagi, sebahagian muslimat telah mengadakan sujud syukur sebaik sahaja keputusan diketahui di tempat perhimpunan.

“Semasa bergerak keluar daripada tempat parkir menuju ke masjid berhampiran kami berselawat beramai-ramai. Ini semua tidak pula dimasukkan ke YouTube,” katanya.

Tambah beliau lagi, selepas berselawat barulah mereka menyanyikan lagu reformasi dengan spontan.

Baginya, tidak ada apa salahnya bernyayi beramai-ramai dengan bersemangat dalam sekitar 10 minit.
Kata beliau, sememangnya semua yang hadir dari sebelum Subuh lagi terlalu gembira dengan pembebasan Anwar.

Jelasnya lagi, tidak ada percampuran dengan lelaki dan perempuan, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada lenggang lengguk yang menggiurkan, intonasi suara bukan intonasi yang jatuh kepada haram, dan perkataan yang digunakan tidaklah lucah.

Kalau kita singkap sirah Rasulullah saw, apabila Nabi s.a.w. sampai di Madinah baginda di sambut oleh muslimat dengan nanyian dan rebana untuk menzahirkan kegembiraan,” katanya.

Katanya, kalau nak dipertikaikan melodi yang sering dimainkan oleh pancaragam sekolah yang digunakan ianya melodi nyanyian reformasi yang selama ini digunakan oleh anak muda semasa berdemo.

“Mungkin yang kasar sikit ialah ‘Mampus Umno’.Kalau kita lihat budaya wanita timur tengah pun begitu. Mereka akan bertepuk-tepuk dan mengangkat-angkat tangan sambil bernyanyi.

“Saya pernah bersama dengan Gerakan Islam Wanita di peringkat antarabangsa, Sudan, Indonesia, Algeria , Mesir dan lain-lain negara Islam yang lebih bersemangat dalam menyanyikan lagu-lagi jihad.

“Hanya orang yang tidak mendalami hukum sahaja yang membangkitkan isu suara wanita itu aurat pada ketika ini,” ujarnya.

DMPP juga, katanya yakin yang apa yang berlaku bukan satu kesalahan dan dosa, ianya bukan kayu ukur akhlak dan moral muslimat.

“Apa pun oleh kerana ia satu perkara baru dan bukan satu budaya muslimat, bagi mereka yang merasa tersinggung, Dewan Muslimat memohon maaf dan akan lebih berhati-hati dengan perangkap Umno BN di masa akan datang,” ujarnya. (IH/Harakahdaily)


detikdaily

What the 901 verdict really proved




Posted on Tuesday, January 10 @ 09:01:44 PST by paktam

Artikel By Dr Dzulkefly Ahmad
 
When I wrote about how “The law has truly become an ass” back in February 2010 on the battle http://mole.my/sites/default/files/images/dr_dzul2_web.storyimage.jpgof the two mentris besar in the Perak power grab impasse, I meant it.
 
I was totally disgusted and appalled by the apex court finally returning a verdict of 5-0 in favour of Zambry Abdul Kadir over Nizar Jamaluddin, and whatever little regard I had for the judiciary entirely dissipated with that decision. It has never recovered since



The High Court’s acquittal of former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim yesterday has not changed my opinion of the judiciary either. And it’s not just about being a sceptic as the saying “a swallow doesn’t make a summer” suggests. It’s also not about the presiding judge not dismissing this frivolous case from the outset.
Lest you’re still wondering about my despondency and disdain for the judiciary, it’s all about the extreme humiliation we are subjected to as the country is being given global real-time coverage by CNN and Al-Jazeera, et al... all because of Malaysia’s obsession with someone’s anal virginity.

If Mohd Saiful Bukhari’s allegation of being sodomised eight or nine times over a period of two months by a 60-plus-old man with a bad back is to be believed, it doesn’t take a pundit to tell you that the predator must by now be whipped and jailed.

Given the firepower of the government machinery, both overt and covert, and better still for the investigating team, that it’s the second sodomy charge against Anwar, you would have thought they’d be able to prove this charge beyond the shadow of reasonable doubt! All the more if the government truly believes that this one man is Public Enemy No. 1!

But alas, by God’s grace, mercy and infinite knowledge, and to the amazement and shock of everyone present in court yesterday morning, a verdict of “acquittal and discharge” was handed down by the judge Mohamad Zabidin Mohd Diah in less than three minutes. I was in court and like everyone else was simply dumbfounded! Again, this former deputy PM has been exonerated.

I had been willing to accept any verdict and in fact scenario-planned all eventualities. Every scenario, best and worst case, has its upside and downside for both sides i.e. the federal government (Barisan Nasional) and the opposition (Pakatan Rakyat).

But to have the BN leaders, including the PM, unashamedly telling the rakyat that the judiciary is independent and credible because it acquitted Anwar is certainly the first darnedest thing said in 2012 in the political arena.

At the start of the new year, respected blogger Marina Mahathir called for a “End Stupid Statements” campaign. It looks like we really need one after reading and hearing some of the statements made after yesterday’s verdict.

Lest you fail to see the perverted logic of the BN leaders’ statement, let’s try a different scenario where the verdict came back as “guilty”. Is the PM and other leaders saying that if the court found Anwar guilty of sodomy, the judiciary is no longer independent and credible?

This is idiocy and lunacy of the severest degree! A judiciary that is independent and has integrity is not judged by a single verdict. It has to gain the trust and respect of the entire citizenry through doggedly delivering justice without fear or favour. Every time.

As if that statement of Anwar’s acquittal proving the judiciary is indeed independent wasn’t moronic enough to make this nation a laughing stock again in the eyes of the global legal community, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, alleged by many to be the master strategist of Sodomy1 and perhaps as claimed by some to be working in concert with the current administration in Sodomy 2, declares that the acquittal proves there is no conspiracy against Anwar.

Despite the 87 days of court hearing, 27 witnesses for the prosecution team, the judge could rule that the prosecution had not done enough to prove Anwar had committed sodomy.

And it is not a conspiracy? Good try, old man, we wish we could believe you.
It’s not that the prosecution had not done enough. There was simply not enough evidence.
And finally, the cost of the all this legal wrangling. Who bears it? And how much exactly? And Saiful is now mulling an appeal.

The buck stops with you, Mr PM! Let’s stop this gutter politics. Let’s all make a commitment to build this country of ours to a great and respectable nation again.

Yes, we are in a zero-sum game, but let it be on the plane of policy advocacy, performance, and political-intellectual acumen and not a destructive gutter politics of the worst order. Let us be a functional democracy and stop doing more of the same things.

This is the path to genuine reform and redemption.

If we are in denial, we shall do it at our peril and we will die by our own swords!

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Monday, January 9, 2012

Anwar bebas, mahkamah ragu kesahihan bukti


Hazayani Zakaria, Mohamad Faizal, Aziz Muda dan Nazri Abdullah, 09 January 2012

(Anwar melambai tangan kepada penyokongnya semasa tiba ke mahkamah)

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapatinya tidak bersalah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ini tanpa keraguan.

Hakim Mohd Diah Zabidin berkata, mahkamah tidak dapat menolak kemungkinan kesahihan sampel telah dikompromikan.

Beliau hanya membaca dua minit sahaja keputusan itu.


(Orang ramai yang memenuhi perkarangan mahkamah)


(Bacaan doa dari anjung medan Selera Duta oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang diaminkan dengan penuh kesyukuran dan keriangan oleh orang ramai di atas kemenangan rakyat.)

Pengumuman ini disambut dengan penuh linangan air mata kegembiraan oleh para penyokongnya.

Turut berada dalam mahkamah adalah keluarganya disamping para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sebaik sahaja keputusan diumumkan, Anwar dipeluk oleh anaknya yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.

Puluhan ribu penyokongnya yang berada di luar mahkamah juga menyambut keputusan mahkamah ini dengan penuh kegembiraan dan laungan reformasi bergema.

Anwar Ibrahim selepas dibebaskan telah memberikan ucapan kepada puluhan ribu penyokongnya di perkarangan mahkamah.
Anwar antara lain beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir termasuk kepada kepimpinan PAS yang hadir sepenuhnya termasuk presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Beliau turut ucapkan terima kasih kepada para pemimpin DAP dan PKR serta semua yang hadir.
"Saya dibebaskan oleh mahkamah kerana didapati tidak bersalah," kata Anwar.
Beliau juga berkata, kemenangan ini adalah kemenangan rakyat, tetapi perjuangan mesti diteruskan.

Laporan lanjut menyusul.

harakahdaily

Sunday, January 8, 2012

Doa Agar Dimusnahkan Golongan Yang Khianat

Saturday, January 7, 2012


Sambil menunaikan umrah pada kali ini, sempat juga saya meluahkan perasaan kepada Allah yang maha mengetahui dan menyelitkan doa supaya dimusnahkan golongan pengkhianat. Sememangnya tiada yang lebih hina dari seorang pengkhianat. Semoga Allah musnahkan mereka di dunia dan memberikan mereka balasan yang setimpal di akhirat.

Pengkhianat adalah seseorang yang telah bersama kita, mendapat kepercayaan dan bantuan dari kita, tetapi atas sebab kepentingan diri, sanggup menghalakan pisau ke dada kita. Ada yang akan mendakwa bahawa ianya dilakukan di atas alasan kononnya untuk menyelamatkan kita, namun bagaimana mungkin kita diselamatkan melalui tikaman yang menuju tepat ke dada?

Setiap patah perkataannya menolong pihak musuh sambil menimbulkan persengketaan di kalangan kita. Kata-kata yang mengiyakan dakyah dan tuduhan musuh diulanginya atas alasan ingin menyelamatkan kita. Selamatkan kita dari pendirian kita sendiri, supaya kita menerima wawasan dan pendirian musuh? Itu bukan usaha menyelamat namanya, tetapi pengkhianatan!

Seorang pengkhianat yang mengerti betapa hinanya tindakan khianat akan hanya sanggup menikam kawan dari belakang. Dirinya merasa malu atas tindakan khianatnya. Sebaliknya, seorang pengkhianat yang tidak faham betapa hinanya tindakan khianat terus menikam dari depan. Dia tidak mengerti makna setiakawan dan baginya tindakannya sesuatu yang mulia dan dibanggakan. Bagi dirinya tiada yang lebih mulia dari dirinya sendiri atau perjuangan yang lebih aula dari mementingkan diri. Maka pengkhianatan adalah perkara biasa yang tidak perlu merasa malu atau hina kerananya.

Hakikatnya, tiada sesiapa yang mampu mengasihi seorang pengkhianat. Termasuklah mereka yang menjadi sebab pengkhiantan itu dilakukan. Akhirnya sang pengkhianat akan tetap dibuang bagaikan sampah yang busuk dan berulat oleh mereka yang dibantunya. Pengkhianatannya tidak akan mendatangkan manfaat dan beliau menjadi hina di dunia dan di akhirat

Semoga Allah memusnahkan golongan pengkhianat. Samada dia insaf dan kembali kepada pangkuan jemaah atau dimusnahkan oleh Allah atas sebab pengkhianatanya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Aduhai dah sampai tahap membunuh dah nie..Pengiring Wan Azizah Fayad, disuntik jarum beracun

Sunday, January 8, 2012



Pengiring Wan Azizah Fayad, disuntik jarum beracun

PENGIRING keluarga Anwar Ibrahim, Fayad Al Bakri yang sebelum ini cedera parah akibat ditembak bom asap di saat melindungi Anwar Ibrahim pada perhimpunan BERSIH 2.0, rujuk sini [Fayad], sekali lagi menjadi mangsa.

Semasa mengiringi Wan Azizah dalam satu program ceramah di Cheruk Tok Kun, malam tadi, Fayyad dipercayai terkena jarum suntikan beracun, saat dikerumuni ribuan rakyat semasa masuk ke pentas ceramah.

Keadaan wajah beliau sedari awal sudah kelihatan pucat dan tidak bermaya akibat suntikan itu. Akhirnya, semasa perjalanan pulang jantung dan nadi Fayad didapati terhenti, memaksa mereka berpatah balik untuk ke hospital.

Berikut gambar terrbaru Fayad di hospital yang diambil dan dikirimkan oleh salah seorang rakan.




Maklumat terbaru, tidak rasmi dari pihak hospital mendakwa Fayad telah disuntik menggunakan dadah jenis Morphine. Meskipun masih dalam keadaan lemah dan kritikal, jantung beliau dikatakan sudah kembali berdegup.

Rujuk link ini untuk melihat bagaimana dadah jenis Morphine mampu bertindak sebagai racun yang mampu membunuh [MedlinePlus]


ReJaM© "Maklumat lanjut menyusul..."

http://milosuam.blogspot.com/2012/01/pengiring-wan-azizah-fayad-disuntik.html

Kedangkalan Umno terhadap Anwar berulang 9 Januari ini?


Posted on Saturday, January 07 @ 06:13:49 PST by tokdalang
Artikel
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
 
PELBAGhttp://img.timeinc.net/time/2008/time_100_2008/anwar_ibrahim.jpgAI peristiwa ‘pelik’ berlaku dalam perjalanan perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan sejak ia mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Di awal perbicaraan, pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh menghadapi kesukaran untuk mendapatkan laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur hingga menyebabkan beberapa kali perbicaraan terpaksa ditangguhkan. 
 
Namun paling menarik perhatian, dalam perbicaraan pada 17 Februari 2011, saksi pendakwaan yang juga Ketua Jabatan Kimia, Hospital Kuala Lumpur, Dr Seah Lay Hong memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel ‘DNA Y’ lelaki misteri pada satu bahagian di seluar dalam Saiful.

Pada masa sama, beliau turut mengesahkan, hasil calitan di kawasan dubur Mohd Saiful mempunyai campuran DNA milik Saiful dan lelaki ‘Y’ serta seorang lelaki misteri.

Ketika menjelaskan sama ada wujud pihak ketiga sebagai penyumbang DNA ‘misteri’ itu, Dr Lay Hong berkata, jika berdasarkan andaian berkemungkinan akibat tercemar seperti penggunaan mangkuk tandas sama atau barang mandian lain.

Menurutnya, andaian itu diberikan kerana beliau bukan pakar untuk memperjelaskan mengenai keadaan itu.
Dr Lay Hong memberi keterangan berdasarkan laporan hasil ujian DNA beliau ke atas sampel Mohd Saiful ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin.

Entah bagaimana tiba-tiba ada pula ‘kesan air mani’ yang entah datang dari mana agaknya terdapat di dubur dan melekat di seluar dalam Saiful.

Second Anwar sodomy case ‘flimsier’, WSJ says


Posted on Saturday, January 07 @ 15:15:06 PST by Abdullah
Artikel Oleh Melissa ChiThe Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, Jan 7 — In urging President Barack Obama to take a stand in democracy in the Muslim world, The Wall Street Journal today called Datuk Seri Anwar Ibrahim’s second sodomy case “flimsier” than the first.

In its editorial piece, the US daily said Malaysian democracy could benefit from a sign that the US is not indifferent to Anwar’s legal ordeal or to the political system that has allowed it to continue. US interests could benefit as well, it said.

“The current case is even flimsier than the last one. It is based mainly on the word of one accuser who, as it so happened, had met with then-deputy prime minister, now Prime Minister Datuk Seri Najib Razak days before the alleged incident.

“Doctors at two hospitals could find no evidence of rape in the aftermath of the alleged incident. Nonetheless, political observers anticipate a guilty verdict,” WSJ said today.

The verdict of Anwar’s trial will be delivered on Monday with a potential sentence involving years of jail time on sodomy charges.

If found guilty, Anwar could spend up to 20 years behind bars but will escape the caning penalty as he is over 60. It would effectively spell the end of his political career and his chance to be prime minister.

The former deputy prime minister first went through “this charade” in the late 1990s, when he fell out with then-Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad during the Asian financial crisis, was “savagely beaten” by police and ultimately sentenced to prison on sodomy and corruption charges.

Anwar spent six years in prison before the sodomy charges were overturned by the country’s highest court in 2004, a year after Dr Mahathir had left office.

He was again served with sodomy charges four years later after Umno lost its two-thirds majority in a general election and the opposition seemed close to assembling a parliamentary majority.

“This is happening in the context of growing discontent among Malaysians with Umno’s ruling order, and Mr. Najib’s ambivalent attempts at political reform. But if that’s reminiscent of the unhappiness that presaged the Arab Spring, so too is the don’t-rock-the-boat attitude of the Obama Administration,” WSJ said today.

The paper pointed out that Malaysia is supposedly a moderate Muslim country and a useful regional counterweight to China.

“Failure to speak to the broader aspirations of ordinary people will only feed the suspicion that has festered for years that the United States pursues our own interests at their expense,” WSJ quoted Obama as saying, in May.

“Mr. Anwar’s case gives the President a chance to show that he meant what he said,” WSJ said today.

detikdaily

Akhlak Rasulullah SAW : Akhlak Mukmin

Jom..rehatkan minda =>

Cubalah...